Implan Cetakan 3D Mengembalikan Payudara Secara Semula Jadi Selepas Pembedahan Mastektomi

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Kanser payudara adalah kanser yang paling kerap dihidapi wanita di Malaysia. Setiap 1 dalam 19 wanita Malaysia berisiko menghidapi penyakit ini dalam kehidupan mereka. Selepas dikesan antara langkah drastik yang perlu diambil ialah melakukan pembedahan mastektomi bagi membuang bahagian yang sudah dijangkiti kanser.

Antara rawatan susulan yang diberikan kepada pesakit yang pulih ialah meletakkan implan silikon atau menggunakan bahagian lain tubuh seperti belakang paha untuk membina payudara baharu. Kedua-dua pembedahan ini mempunyai kelebihan dan kekurangan masing-masing.

Lattice Medical sebuah syarikat teknologi perubatan telah mencipta implan cetakan 3D yang menurut mereka akan membenarkan sel tubuh penerima membina semula payudara secara semula jadi. Implan berongga ini mengandungi sampel sel tubuh penerima yang kemudiannya akan menghasilkan lapisan lemak yang mengisi kekosongan. Selepas 18 bulan, implan akan larut di dalam tubuh secara semula jadi.

Implan yang akan menggunakan nama Matisse akan memulakan ujian klinikal manusia pada 11 Julai kelak bagi melihat sama ada ia selamat digunakan. Kelebihan Matisse ialah ia tidak perlu digantikan setiap 10 tahun seperti implan silikon dan tidak meninggalkan parut pada bahagian tubuh daging diambil untuk menghasilkan payudara baharu.

komen


© Amanz / 2022 Kami