Cari @ Amanz

MSI baru-baru ini dilihat mengalih fokus daripada pelancaran peranti-peranti gaming kepada komputer yang dibangunkan khusus untuk tujuan produktiviti pejabat. Komputer AIO MSI Modern AM272 merupakan penawaran terbaru MSI dalam siri komputer Modern mereka, dan ia dilihat akan menawarkan prestasi berkuasa dalam rekaan yang serba padat.

Dua komputer dalam siri ini ialah MSI Modern AM272 12M dan MSI Modern AM272P 12M, dan mereka tampil dengan spesifikasi yang sama dari dalam ke luar. Kedua-dua komputer ini menggunakan paparan IPS 27 inci dengan resolusi Full HD.

Mereka juga dikuasakan oleh CPU Intel i7-1260P dengan pilihan memori DDR4 yang boleh dinaiktaraf sehingga 64GB dan juga dua slot storan SSD dan cakera keras 2.5 inci. Komponen-komponen ini dilihat boleh dinaiktarafkan sendiri oleh pengguna sekiranya diperlukan.

Dari segi pilihan I/O, komputer ini hadir dengan enam palam USB, palam HDMI dan juga sokongan untuk teknologi internet nirwayar WiFi6 dan juga Bluetooth 5.2.

Perbezaan diantara dua model AIO ini ialah Model MSI AM272P hadir dengan tapak yang membolehkan bahagian paparan untuk diubahsuai ketinggiannya dan kecondongannya, manakala model MSI AM272 hanya boleh diubahsuai tahap kecondongannya.

Buat masa ini ia masih tidak diketahui lagi bilakah MSI akan mula menjual komputer AIO tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd