Bilibili kini memasuki pasaran Malaysia secara rasminya, sekaligus membolehkan para pengguna menikmati pelbagai anime melalui platform tersebut.
Bilibili mengatakan pada hari ini sekitar 52% orang dewasa yang dibanci mengatakan pernah menonton anime, dan 80% daripadanya menonton anime sekurang-kurangnya sekali seminggu.
Melalui BiliBili, ia menawarkan akses kepada lebih 9600 episod anime. Ia juga menawarkan sejumlah anime secara eksklusif pada platform berkenaan, disamping turut menyertakan kandungan yang dijana pengguna terdiri daripada pelbagai perkara melibatkan anime dan permainan.
Bagi anda yang berminat, boleh mengakses Bilibili melalui pelayar web, atau melalui aplikasi Android dan iPhone. Ia ditawarkan secara percuma untuk mengakses sejumlah kandungan, sementara versi Premium ditawarkan pada harga langganan RM10.90 sebulan atau RM42.90 setahun.