Amazfit T-Rex 2 kini ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Ia merupakan seutas jam yang tahan lasak ranggi dan lengkap dengan pelbagai fungsi aktiviti yang komprehensif. Bagi yang berminat, ia ditawarkan pada RM799 dengan sejumlah pilihan warna seperti Astro Black & Gold, Ember Black dan Wild Green.
Amazfit T-Rex 2 dilengkapi skrin sebesar 1.39-inci AMOLED dengan resolusi 454 x 454 piksel. Seterusnya, ciri pemantauan kesihatan seperti kadar degupan jantung, SpO2, paras tekanan setiap hari dan sewaktu dengannya turut disertakan. Kemudian, lebih daripada 150 mod sukan terbina dengan kebolehan mengesan aktiviti secara automatik turut disertakan untuk kemudahan pengguna.
Bateri 500mAh yang digunakan boleh menyajikan penggunaan sehingga 24 hari (mod biasa), 45 hari (mod penjimatan bateri) dan 10 hari (mod ekstrem). Tidak ketinggalan, ia turut melepasi penarafan kalis air 10ATM, dilengkapi GPS, sistem penilaian kesihan PAI dan bluetooth 5.0.