ROG Delta S Wireless Dan S Core Dilancarkan Di Malaysia – Harga Bermula RM388

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

ASUS kini hadir dengan set fon telinga yang memfokuskan terhadap pemain permua baharu untuk pasaran tempatan. Terdiri dengan dua varian berbeza iaitu ROG Delta S Wireless dan ROG Delta S Core, ia turut boleh digunakan pada sebilangan peranti berbeza. Ini termasuklah komputer, konsol permaianan dan peranti mudah-alih. Bagi yang berminat, ROG Delta S Core dijual pada RM388, sementara itu ROG Delta S Wireless pula bernilai RM899.

ROG Delta S Wireless menggunakan pemacu audio ASUS Essense bersaiz 50mm dengan reka bentuk kedap udara untuk pengalaman audio berkualiti tinggi. Reka bentuk yang ringan dengan pad telinga berbentuk D juga cukup ergonomik untuk keselesaan yang berpanjangan. Pada masa sama, pad berkenaan turut mempunyai sejumlah butang kawalan untuk melaraskan kelantangan audio, menukar lagu, menjeda/menyambung semula main balik dan sebagainya.

Turut melengkapinya AI Beamforming Microphones yang dipadankan dengan sistem pembatalan hingar besasaskan AI bagi menapis bunyi latar belakang untuk komunikasi yang jelas sewaktu sesi permainan. Ia turut menyokong sistem pengecasan pantas yang menyediakan penggunaan sehingga 3 jam untuk tempoh pengecasan 15 minit. Kemudian meningkat kepada 25 jam untuk keseluruhannya.

ROG Delta S Core pula merupakan set fon kepala berwayar dengan sambungan 3.5mm. Ia turut dimuatkan dengan pemacu audio ASUS Essence bersaiz 50mm yang kedap udara untuk pengalaman audio mengasyikkan. Turut melengkapinya sokongan audio Virtual 7.1 yang turut disojong oleh Window Sonic. Mikrofon yang digunakan turut diperakui UCLA dan TeamSpeak untuk pengalaman berkomunikasi yag jelas sewaktu sesi permainan.

komen


© Amanz / 2022 Kami