Apple Dianugerahkan Paten Kerangka Menyimpan AirPods Max Baharu

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Apple AirPods Max adalah set fon kepala nirwayar Apple tersendiri yang pertama. Ia adalah di bawah siri AirPods dan merupakan satu produk audio premium dengan ciri pembatalan hingar aktif, Siri terbina, mempunyai Digital Crown untuk kawalan suara dan cawan telinga magnetik yang boleh ditanggalkan.

AirPods Max hadir dengan kerangka menyimpan yang banyak kontroversi dan tidak digemari ramai. Pertama adalah ia tidak boleh dilipat dan hanya bahagian cawan telinga terlindung. Kemudian rekaannya tidak mesra pengguna dengan bahagian penutup magnet yang tidak begitu tepat ketika ditutup.

Terkini, Apple telah dianugerahkan paten kerangkan menyimpan AirPods Max baharu. Apple mula mendaftar paten ini pada tahun 2017 dan hanya baru-baru ini diluluskan oleh USPTO. Kerangka penyimpan ini akan melindungi keseluruhan AirPods Max dengan keliling kerangka mempunyai jalur magnet untuk menutup serta mempunyai kancing magnetik untuk tutup dengan baik dan selamat.

Di dalam kerangka ini ada pembahagi yang boleh membahagikan cawan telinga ke dua bahagian serta pad kepala boleh diletak dalam keadaan baik. Tidak pasti sama ada kerangka ini boleh mengecas AirPods Max ataupun tidak atau hanyalah tempat menyimpan seperti Sony WH-1000XM5, atau Bose QuietComfort.

Turut tidak pasti sama ada adakah paten ini untuk AirPods Max generasi baharu atau akan dilancarkan sebagai aksesori untuk AirPods Max sedia ada.

komen


© Amanz / 2022 Kami