Siri Paparan Skrin Gaming BenQ Mobiuz EX Kini Ditawarkan Di Pasaran Tempatan Dengan Harga Permulaan RM3399

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

BenQ ialah sebuah jenama paparan skrin komputer yang cukup terkenal sekali oleh pengguna biasa dan juga mereka yang berkecimpung dalam hobi membina komputer, ataupun mereka yang cenderung kearah permainan-permainan komputer e-sukan.

BenQ Malaysia baru-baru ini telah memperkenalkan siri paparan skrin gaming BenQ Mobiuz EX untuk pasaran tempatan, dan menawarkannya dalam pelbagai jenis saiz paparan, resolusi dan ciri-ciri bergantung kepada keperluan pengguna.

Dua model baru yang diperkenalkan ialah BenQ MOBIUZ EX2710U dan juga BenQ MOBIUZ EX3210U, iaitu paparan skrin bersaiz 27 inci dan 32 inci yang menggunakan panel IPS dengan resolusi 4K dan kadar segar semula setinggi 144Hz.

Dari segi pilihan palam I/O, kedua-dua paparan ini tampil dengan dua palam HDMI 2.1, satu palam DisplayPort 1.4, empat palam USB dan satu palam audio 3.5mm yang boleh digunakan untuk memasang pelbagai jenis peranti, aksesori dan sebagainya.

BenQ turut memanfaatkan sokongan DisplayHDR 600 pada kedua-dua paparan ini untuk memperkenalkan teknologi paparan HDRi mereka sendiri yangr menjanjikan olahan warna yang lebih tepat, jitu dan menawan tidak kira kandungan yang dimainkan pada paparan tersebut.

BenQ turut memperlihatkan beberapa mod warna pada kedua-dua paparan ini, seperti HDRi Cinema, GameHDRi, DisplayHDR, FPS, sRGB dan sebagainya bergantung kepada penggunaan paparan skrin ini.

Bagi anda yang memiliki kedua-dua konsol generasi terbaru Sony PlayStation 5 ataupun Xbox Series X dan juga sebuah komputer yang boleh memanfaatkan resolusi 4K dan kadar segar semula tinggi, kedua-dua paparan ini boleh digunakan sebagai paparan untuk semua keperluan gaming anda sekaligus.

Kedua-dua paparan ini juga hadir dengan sistem pembesar suara 2.1 terbina didalamnya, jadi anda tidak memerlukan pembesar suara luaran sekiranya ia tidak diperlukan, atau anda memerlukan masa untuk mendapatkan sebuah pembesar suara yang menepati keperluan anda.

Bukan itu sahaja, kedua-dua paparan BenQ ini juga hadir dengan rekaan serba ergonomik yang membolehkan pengguna untuk mengubahsuai kecondongan dan ketinggian paparan ini untuk mendapatkan sudut pandangan yang optimum.

Kedua-dua paparan skrin ini sudahpun mula ditawarkan di pasaran tempatan di kedai atas talian BenQ Malaysia pada harga berikut:

komen


© Amanz / 2022 Kami