Nothing, sedia mencuri perhatian ramai dengan telefon pintar mereka akan datang yang menyertakan panel belakang bersama pencahayaan khusus. Kini, meneruskan pemasaran agresif mereka, Nothing turut hadir dengan penawaran NFT khusus dinamakan Black Dot.
Buat peringkat awal kini, ia terbuka untuk ditebus oleh para pelabur komuniti Nothing yang dilakukan melalui Crowdcube sebelum ini. Nothing mengatakan dengan NFT ini, ia memberikan petanda yang mana pemilik NFT ini bersama dengan Nothing sejak peringkat awal lagi.
Nothing juga dijangka membuka ia untuk jualan melalui Opensea selepas ini. Harga jualannya masih tidak diketahui buat masa ini.
Apa pun, pengumuman Nothing ini menerima reaksi berbeza daripada para peminat jenama berkenaan, dan ramai yang tidak menyukai pengenalan NFT ini kerana ia sering disamakan dengan program penipuan dan scam akhir-akhir ini.