Notch Adalah Pelan Insurans Untuk Pempengaruh Instagram

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Pempengaruh media sosial adalah satu kerjaya yang kini menjadi trend untuk ramai golongan muda. Mereka hanya perlu aktif mencipta kandungan di platform, dan harapkan bayaran daripada platform tersebut atau dibayar oleh pelbagai jenama untuk mempromosikan produk.

Tidak dinafikan juga yang akaun media sosial pempengaruh kerap digodam kerana ada hasad dengki ataupun cemburu. Akaun mereka akan digodam dengan penggodam menyiarkan kandungan tidak patut ataupun berlainan dengan tema mereka, atau juga terus hilang akses.

Kini untuk melindungi pempengaruh ini, terdapat satu perkhidmatan insurans telah diwujudkan iaitu Notch. Ia adalah perkhidmatan insurans untuk pempengaruh Instagram. Harga pelan insurans yang mereka tawarkan adalah bermula dari $8 sebulan iaitu sekitar RM35.40. Tetapi harga boleh berubah kerana Notch mengecas pempengaruh mengikut jenis akaun Instagram yang banyak mengeluarkan kandungan berbayar, mereka akan menganalisa akaun berdasarkan aktiviti akaun seperti jumlah pengikut dan pencapaian akaun.

Notch turut boleh membayar sehingga $22,000 setahun iaitu sekitar lebih RM97,000. Contoh akaun TechCrunch adalah, pelan mereka adalah $459 (~RM2030) setahun dengan bayaran balik sehingga $244 (~RM1080) sehari. Ini adalah untuk akaun TechCrunch dengan 1.3 juta pengikut dan 3065 siaran.

Notch turut menawarkan perlindungan untuk pemilik NFT. Kelak Notch turut akan menawarkan pelan insurans kepada pencipta kandungan YouTube, TikTok dan pempengaruh Twitter. Notch juga masih terhad di negara terpilih dan belum menawarkan perkhidmatan mereka di Malaysia.

komen


© Amanz / 2022 Kami