Realme Buds Air 3 Neo Dilengkapi Bateri Yang Bertahan Sehingga 30 Jam

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Acara pelancaran Realme pada 12 Julai ini tidak sekadar menunjukkan pengenalan untuk peranti pintar sahaja. Malahan, aksesori audio Realme turut akan dikemaskini dengan pilihan baharu menerusi Realme Buds Air3 Neo.

Ia diiklankan lengkap dengan bateri yang bertahan hingga 30 jam dengan bantuan pad pengecas. Reka bentuk pula sejenis fon telinga niwayar bertangkai dengan padanan putik silikon. Pod pengecas pula berbentuk bujur dengan padanan penutup lut sinar. Turut kelihatan terdapatnya penjenamaan Realme padanya.

Pengenalannya kelak bakal menjadi variasi kemas kini untuk Realme Buds Air 2 Neo. Maka, ia dijangka akan didatangkan dengan peningkatan ketara untuk pengalaman kualiti audio lebih baik. Di samping itu, harga jualan untuknya juga dijangka lebih tinggi berbanding model terdahulu.

komen


© Amanz / 2022 Kami