Polium One Ialah Konsol Untuk Permainan Web 3.0, Hadir Dengan Sokongan Rantaian Blok Dan Jual-Beli NFT

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Beberapa tahun ini, banyak konsol permainan telah diperkenalkan dan dilancarkan, termasuklah konsol-konsol Sony PlayStation 5, Xbox Series X, Steam Deck, AYANEO dan sebagainya.

Polium ialah sebuah syarikat yang dilihat memfokuskan kepada pembangunan permainan video menggunakan teknologi rantaian blok dan konsep Web 3.0 untuk membangunkan sebuah konsol permainan yang memanfaatkan teknologi-teknologi perisian tersebut.

Dinamakan Polium One, selain daripada memainkan permainan-permainan yang dibangunkan menggunakan teknologi rantaian blok dan Web 3.0, pengguna juga dilihat boleh menjual dan memperdagangkan koleksi NFT mereka dengan rakan-rakan ataupun secara atas talian.

Spesifikasi untuk konsol ini masih tidak diketahui lagi, tetapi menurut butiran yang diperlihatkan daripada laman web mereka, konsol Polium One ini ialah ia boleh menggerakkan permainan pada resolusi 4K120, hadir dengan sokongan Ray-Tracing.

Rekaan antaramuka konsol Polium One ini juga diperlihatkan, dan nampaknya akan menyokong sejumlah permainan dengan integrasi NFT dan konsep metamesta didalamnya.

Kelebihan Polium One ini lagi ialah ia akan menyokong permainan-permainan yang dibangunkan oleh pelbagai teknologi rantaian blok di satu platform, seperti Immutable X, Solana, Polygon dan sebagainya.

Rekaan pengawal permainan Polium One juga diperlihatkan, dan satu fungsi menarik yang dapat diperlihatkan ialah ia hadir dengan satu butang yang membolehkan anda mengakses dompet kriptowang dengan cepat dan mudah untuk membeli dan menjual aset-aset digital seperti kriptowang dan NFT dari dan ke orang lain.

Polium mengatakan bahawa konsol ini masih lagi sedang dibangunkan, dan pelancarannya dijangka akan berlaku pada 2024 kelak.

komen


© Amanz / 2022 Kami