Meta Menawarkan Kecerdasan Buatan Alih Bahasa Mereka Secara Sumber Terbuka

Diterbitkan pada July 6, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Di dunia sekarang terdapat lebih 7100 bahasa dengan Inggeris, Mandarin dan Hindi adalah tiga bahasa dengan jumlah pengguna paling banyak. Masih tiada satu bahasa sarwajagat yang difahami semua penduduk bumi.

Oleh itu melakukan perbincangan tanpa satu bahasa yang sama adalah sukar. Mark Zuckerberg hari ini mengumumkan Meta telah membangunkan kecerdasan buatan dengan kemampuan mengalih bahasa 200 bahasa utama dunia.

Lebih menarik kecerdasan buatan ini ditawarkan secara terbuka untuk sesiapa sahaja yang ingin menggunakannya. Menurut Zuckerberg ini adalah sebahagian daripada projek No Language Left Behind di Meta bagi merapatkan jurang bahasa antara pengguna platform mereka. Kecerdasan buatan ini mempunyai kemampuan untuk melakukan 25 bilion alih bahasa setiap hari di platform milik Meta seperti Facebook dan Instagram.

komen


© Amanz / 2022 Kami