FBI dan MI5 Mengeluarkan Amaran Mengenai Ancaman Besar Serangan Penggodam Dari China

Diterbitkan pada July 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Perang sekarang bukan sahaja berlaku di dunia sebenar tetapi semakin berlaku di ruang maya. Agensi penyiasatan kebangsaan Amerika Syarikat FBI dan agensi risikan Britain MI5 hari ini mengeluarkan kenyataan bersama mengeluarkan kenyataan bersama mengenai ancaman serang penggodam dari China yang semakin meningkat.

Pengarah FBI, Christophe Wray berkata ancaman jangka panjang terbesar terhadap ekonomi dan keselamatan Amerika Syarikat kini ialah China degan ia melakukan campur tangan ke atas politik dan proses pilihan raya.

Sementara itu ketua MI5 pula berkata agensi beliau telah menggandakan usaha menentang aktiviti China sejak tiga tahun kebelakangan ini dan akan menggandakannya lagi. Siasatan ke atas aktiviti Parti Komunis China misalnya meningkat tujuh kali ganda berbanding 2018.

China turut didakwa “mencuri dan melakukan penipuan” pada skala yang besar menerusi aktiviti menggodam. Selain itu aktiviti pengintipan menggunakan ejen di kalangan rakyat tempatan juga meningkat.

Menara Telekomunikasi

Apa yang dilakukan oleh China ini bukanlah perkara baharu. Aktiviti pengintipan dan mengorek rahsia negara sudah dilakukan oleh negara-negara utama dunia sejak ribuan tahun. Semasa Perang Dingin, aktiviti pengintipan oleh Kesatuan Soviet berjaya mencuri pelbagai teknologi seperti bom nuklear dan pesawat supersonik dari Barat.

Sebagai kuasa besar baharu, China kini menggantikan ruang kosong yang ditinggalkan oleh Kesatuan Soviet. USSR sudah tidak wujud tetapi legasi intip mengintip berterusan sehingga sekarang. Ini adalah sebab utama mengapa Amerika Syarikat, UK, New Zealand, Australia dan Kanada nekad mengharamkan kelengkapan telekomunikasi kerana risau ia boleh dijadikan pintu belakang. Dunia moden tidak memerlukan James Bond untuk mengintip[ tetapi hanya modem dan capaian Internet.

komen


© Amanz / 2022 Kami