Selepas 14 Tahun “Bateri Air” Memulakan Operasi Di Switzerland

Diterbitkan pada July 7, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sekiranya anda diminta melukis rupa sebuah bateri anda mungkin akan pantas melakar sebuah sel kering AA atau bateri basah kereta. Tetapi definisi bateri tidak terhad kepada dua jenis bateri yang paling kerap digunakan ini. Di Switzerland misalnya sebuah “bateri air” akhirnya memulakan operasi pada 1 Julai lalu selepas menjalani proses pembinaan selama 14 tahun dengan kos mencecah €2 bilion (~RM 9.4 bilion).

Bateri air terdiri daripada empangan Vieux Emosson dan kolam takungan air Emosson yang terletak 300 meter lebih rendah di Valais. Di antara kedua-dua tempah simpanan air ini stesen janakuasa Nant de Drance diletakkan 600 meter bawah tanah. Ketika bukan waktu puncak, air dari kolam takungan air dipam naik ke empangan lebih tinggi. Apabila diperlukan, air dari empangan dilepaskan dan ia akan menggerakkan turbin dalam stesen janakuasa bawah tanah.

Ia mampu menjana 900 MW kuasa bagi membekalkan elektrik kepada 900,000 rumah di kawasan persekitaran. Kerana kapasiti airnya yang besar, ia mampu menyimpan sehingga 20 GWh yang diharap akan turut membekalkan kuasa kepada grid tenaga Eropah apabila diperlukan ketika waktu puncak.

Pembinaan bateri ini mengambil masa 14 tahun kerana keperluan membina terowong bawah tanah sepanjang 14 km yang menyambungkan kedua-dua empangan. Empangan Vieux Emosson yang terletak lebih tinggi juga ditambah 20 meter lagi ketinggiannya bagi membolehkan lebih banyak air disimpan.

komen


© Amanz / 2022 Kami