Cari @ Amanz

Xiaomi sedia menyertai arena automotif, dan menyasarkan memperkenalkan kereta tersendiri menjelang tahun 2024 kelak. Selari dengannya juga, Xiaomi telah mulakan pelbagai pembangunan berkaitan kenderaan, termasuk kini dilihat telah mula menguji di jalan raya.

Xiaomi dilihat menguji kenderaan dengan pelbagai sensor, sekaligus memastikan ia beroperasi dengan baik secara kendiri ketika digunakan dalam mod swapandu.

Ia dijangka kenderaan Xiaomi pertama akan hadir dengan ciri swapandu, dan beroperasi berasaskan elektrik. Dengan perkembangan terbaru ini, sama-sama kita nantikan lanjut, termasuk rekaan akhir kenderaan Xiaomi kelak.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd