Carian
Rekaan Samsung Galaxy Watch5 Tertiris Menujukkan Tiada Perubahan Besar
July 7, 2022 Effi Saharudin

Samsung Galaxy Watch5 pastinya kan dilancarkan pada bulan Ogos depan bersama dengan Galaxy Z Fold4 dan Galaxy Z Flip4. Hari ini rekaan untuk dua jam tangan pintar Wear OS Samsung ini tertiris menerusi lama 91Mobiles. Berdasarkan imej di bawah, jelas tiada perbezaan besar berbanding Watch4 yang dilancarkan tahun lalu.

Samsung Galaxy Watch5 Masih lagi dengan skrin AMOLED bulat dan dua butang navigasi sisi. Tali jam juga masih diperbuat daripada silikon dengan rekaan konvensional. Seperti ura-ura sebelum ini, sistem navigasi bezel berputar tidak lagi akan ditawarkan. Watch4 Classic nampaknya ialah model terakhir dengan ciri yang kami rasakan menjadikan jam tangan Samsung unik berbanding pesaing.

Model di atas pula ialah Samsung Galaxy Watch5 Pro dengan tubuh yang nampak lebih tebal, rekaan yang lebih formal dan tali jam dengan sambungan besi yang berbeza dengan Watch5 biasa. Kerana ia model Pro, besar kemungkinan jam ini akan hadir dengan tubuh diperbuat daripada bahan titanium yang lebih lasak.

Komen