Sedekad tahun lalu dalam dunia telefon pintar semua pengeluar bertarung untuk melancarkan peranti yang ternipis. Trend ini tamat selepas berhadapan dengan realiti kekangan teknologi dan peranti yang mudah bengkok kerana terlalu nipis.

Tetapi dalam dunia jam tangan mewah, trend masih diteruskan dan minggu ini Richard Mille RM UP-01 Ferrari jam telah dilancakans sebagai jam tangan ternipis dunia dengan ketebalan 1.75mm Ini bermakna ia adalah 1/4 lebih nipis berbanding sebuah iPhone 13 Pro Max. Tali jam yang diperbuat daripada kulit untuk jam ini adalah lebih tebal.

Jam tangan ini dihasilkan oleh Richard Mille dengan kerjasama Ferrari. Jam tangan mekanikal ini menggunakan mekanisme yang dihasilkan pula dengan kerjasama Audemars Piguet Le Locle dan mempunyai simpanan tenaga sehingga 45 jam. Walaupun amat nipis, jam ini masih mempunyai kemampuan kalis air sehingga 10 meter.

Hanya 150 Richard Mille RM UP-01 Ferrari akan dihasilkan dengan setiap satunya dijual pada harga $1.88 juta (~RM 8.3 juga) seutas.