Cari @ Amanz

Vivo Y77 akhirnya dilancarkan secara rasminya di Malaysia. Berbeza dengan variasi di China, ia menggunakan cip MediaTek Dimensity 810 sekaligus dilengkapi sokongan 5G terbina. Vivo Y77 5G dijual pada RM1,299 dengan dua pilihan warna seperti Starlight Black dan Glowing Galaxy. Bagi yang berminat, ia boleh didapati menerusi Shopee, Lazada dan pengedar sah Vivo di seluruh Malaysia.

Vivo Y77 5G dilengkapi skrin sebesar 6.58-inci IPS LCD dengan resolusi FHD+ dan kadar segar semula standard. Memori pula 8GB RAM dengan padanan storan dalaman 256GB. Turut melengkapinya bateri 5000mAh yang menyokong sistem pengecasan 18W.

Dwi-kamera utama turut digunakan dengan konfigurasi 50MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bluetooth 5.1, sambungan port USB-C, menjalankan FunTouchOS berasaskan Android 12 dan sebagainya.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd