Carian
Realme GT Neo 3 150W Thor Love and Thunder Limited Edition Kini Rasmi
July 7, 2022 Effi Saharudin

Ada segelintir pengguna yang mengumpul peranti edisi khas Batman, Iron Man dan Gundam. Jumlah yang sedikit dihasilkan dan oleh itu ia mempunyai nilai yang tinggi di kalangan peminat tegar. Sempena tayangan filem Thor yang terkini, Realme GT Neo 3 150W Thor Love and Thunder Limited Edition telah dilancarkan di India.

Peranti ini tidak mempunyai perubahan spesifikasi yang besar berbanding model GT Neo 3 150W sebelum ini cuma hadir dengan tema khas Thor, bungkusan dengan imej tukul Mjolnir, pelekat, pingat, kad dengan gambar watak dan pin SIM berbentuk tukul Stormbreaker.

Peranti dilengkapi skrin sebesar 6.7-inci AMOLED 120Hz, dijana MediaTek Dimensity 8100, memori 12GB RAM, storan dalaman 256GB, dan bateri 4,500 mAh dengan pengecasan 150W. Kamera utama terdiri dengan 50MP (Sony IMX766) + 8MP (ultra-lebar) + 2MP (makro) dan kamera hadapan pula 16MP.

Di India Realme GT Neo 3 150W Thor Love and Thunder Limited Edition dijual pada harga INR42,999 (~RM2404) sebuah.

Komen