Twitter Menguji CoTweets Yang Membenarkan Dua Akaun Berkongsi Satu Ciapan

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Twitter hari ini mengumumkan ujian ciri CoTweets yang membenarkan dua akaun berkongsi menghantar satu ciapan ke susur masa. Ciri ini memudahkan proses melakukan pengumuman berkahwin, mendapat anak, atau memalukan kerjasama menghasilkan satu projek misalnya.

Apabila ciapan dihantar menggunakan CoTweets, ciapan tersebut akan mempunyai dua gambar profil dan dua nama penghantar dalam susur masa. Kedua-dua akaun yang berkongsi kemudiannya boleh menghantar ciapan pada peranti berlainan untuk menjawab komen yang ditinggalkan.

Untuk menggunakan CoTweets, salah seorang perlu menghantar jemputan kepada individu kedua menerusi DM. Selepas jemputan diterima kedua-dua akaun bebas menghantar ciapan ke susur masa dengan ciapan dapat dilihat pengikut kedua-dua akaun di susur masa masing-masing. Ujian dilakukan untuk sejumlah kecil pengguna sahaja pada waktu ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami