Netflix Kini Menyokong Audio Spatial

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Netflix mengumumkan mereka kini menyokong audio spatial pada beberapa kandungan di platform mereka. Menerusi ciri ini, audio dari kandungan yang ditonton akan bergerak mengikut aksi di skrin apabila dipadankan dengan sistem bunyi yang menyokong audio spatial. Kandungan yang menyokongnya boleh dicari dengan menaip “Spatial Audio” pada kotak carian.

Untuk membawakan audio spatial, Netflix bekerjasama dengan Sennheiser dengan sistem audio Sennheiser AMBEO mereka. Televisyen yang disambungkan kepada sistem bunyi surround boleh menikmati audio spatial sekarang. Kepada pemilik sistem audio Dolby ATMOS dan 5.1 pula, audio spatial tidak diaktifkan kerana sistem yang digunakan sekarang adalah lebih baik.

Kepada pengguna ekosistem Apple pula, audio spatial disokong pada model tertentu iPhone, iPad, dan Apple TV. Aksesori audio yang disokong pula adalah Airpods Gen 3, AirPods Pro, AirPods Max dan Beats Fit Pro.

komen


© Amanz / 2022 Kami