Carian
Permintaan Pekerja Dengan Kemahiran Digital Meningkat 300% Di Malaysia Pada 2021
July 8, 2022 Aman

Kerajaan kini berkongsi mengatakan permintaan pekerja dengan kemahiran digital telah meningkat sebanyak 300% di Malaysia pada 2021 lepas, jikalau dibandingkan dengan tahun sebelumnya.

Angka ini adalah berdasarkan kepada MDEC melalui kajian terbaru mereka, dan  hampir 20% daripada permintaan pekerja dengan kemahiran digital ini dipenuhi oleh para graduan untuk tahun berkenaan.

Selari dengan peredaran zaman, kini permintaan untuk pekerja dengan kemahiran digital meningkat mendadak. Pelbagai syarikat telah mula mengintegrasikan penerapan digital pada operasi harian mereka dalam menjadikan produktiviti lebih meningkat.

Malah, sejumlah syarikat pada hari ini turut menyediakan pembelajaran kemahiran digital, termasuk oleh AirAsia, Microsoft, Google, dan lain-lain.

Komen