Targus Memperkenalkan Aksesori Webcam Dan Fon Kepala Untuk Meningkatkan Produktiviti Di Rumah

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Targus ialah sebuah jenama yang cukup terkenal untuk beg-beg dan rangka untuk komputer riba mereka. Syarikat tersebut kini dilihat telah mengembangkan penawaran mereka ke pasaran aksesori komputer dengan penawaran aksesori webcam dan juga fon kepala untuk mereka yang masih lagi bekerja dari rumah.

Targus HD Webcam Pro dan Targus Wired dan Wireless Bluetooth Stereo Headset merupakan penawaran terbaru tersebut, dan hadir dengan fungsi yang dilihat cukup berguna untuk tujuan produktiviti.

Targus HD Webcam Pro hadir dengan resolusi rakaman Full HD dan juga pengurangan hingar pada imej dan fungsi fokus automatik dan juga penutup lensa fizikal untuk privasi pengguna. Ia juga hadir dengan tapak yang boleh dipusing 360 darjah untuk memudahkan pengubahsuaian lokasi pandangan kamera.

Untuk Targus Wired dan Wireless Bluetooth Stereo Headset pula, Targus menawarkan fon kepala ini dalam dua model dengan dua variasi yang berbeza, iaitu rekaan stereo, dan juga mono, bergantung kepada keperluan pengguna.

Fon kepala ini, khususnya model stereo tampil dengan ciri pembatalan bunyi hingar pasif terbina, dan mempunyai pengawal kelantangan audio terbina pada kabel dan fon kepala itu sendiri untuk model WiFi.

Buat masa ini, aksesori-aksesori webcam dan fon kepala Targus ini masih hanya dijual di beberapa pasaran terpilih. Targus belum memberi maklum-balas samada ia akan memasuki pasaran Malaysia ataupun tidak.

komen


© Amanz / 2022 Kami