Tecno Pova 3 Kini Di Malaysia – Dijual Pada Harga RM799

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Tecno kini hadir dengan penawaran baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Tecno Pova 3 telah diperkenalkan dengan tanda harga RM799. Bagi yang berminat, anda boleh mendapatkannya menerusi Shopee dengan beberapa pilihan warna seperti Electric Blue, Tech Silver dan Eco Black.

Untuk spesifikasi, Tecno Pova 3 didatangkan dengan kapasiti bateri cukup besar 7,000mAh. Turut melengkapi peranti ini adalah skrin 6.95-inci LCD dengan kadar segar semula 90Hz. Sistem tri-kamera turut digunakan dengan tetapan 50MP + 2MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 8MP.

Cip MediaTek Helio G88 turut digunakan dengan padanan memori 6GB RAM dan storan dalaman 128GB. Lain-lain spesifikasi termasuklah sistem pengecasan 33W, pembesar suara stereo, pengimbas cap jari sisi, menjalankan antara-muka HiOS berasaskan Android 11 dan sebagainya.

komen


© Amanz / 2022 Kami