Cari @ Amanz

Siri komputer NUC ataupun Next Unit of Computing keluaran Intel secara lazimnya memperlihatkan rekaan komputer padat yang dimuatkan dengan komponen-komponen yang serba berkuasa. Ramai mungkin tidak mengetahui tentang ini, tetapi Intel juga hadir dengan rekaan komputer riba didalam siri NUC ini, yang dinamakan Intel NUC X15.

Setengah tahun selepas mengumumkan kemaskini untuk siri komputer riba tersebut, Intel akhirnya memperlihatkan sedikit butiran mengenai komputer riba tersebut, dan ia akan dinamakan Intel NUC X15. Komputer riba ini dilihat hadir dalam dua pilihan model dengan pilihan kad grafik yang berbeza.

Intel NUC X15 akan dikuasakan oleh CPU Intel Core i7-12700H dengan ruangan untuk storan memori DDR5 dan juga SSD PCIe 4.0 M.2 yang boleh diisi sendiri oleh pengguna. Untuk pilihan grafik pula, satu model akan hadir dengan kad grafik Intel Arc A550M (LAPAC71G) manakala model kedua akan menggunakan kad grafik Intel Arc A730M (LAPAC71H).

Butiran lanjut seperti saiz dan resolusi paparan tidak diperlihatkan, tetapi jika Intel menggunakan rangka yang sama untuk kemaskini komputer riba ini, ia dijangka bahawa NUC X15 baru ini akan menggunakan paparan IPS 15.6 inci dengan resolusi QHD/165Hz ataupun FHD/144/240Hz.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd