Infinix Note 12 Pro 5G Kini Rasmi Dengan Dimensity 810, Kamera 108MP

Diterbitkan pada July 8, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Infinix Note 12 Pro 5G telah dilancarkan secara rasmi di India hari ini sebagai peranti terkini di bawah keluarga Note 12. Peningkatan boleh dilihat pada penggunaan cip Dimensity 810 yang meletakannya sebagai sebuah peranti dengan sokongan 5G terbina. Untuk harga, ia dijual bermula INR15,499 (~RM865).

Untuk lebih khusus, Peranti dilengkapi skrin 6.7″ AMOLED FHD+ yang dipadankan dengan memori 8GB RAM, storan 128GB dan bateri sebesar 5000mAh dengan pengecasan 33W. Tri-kamera utama menggabungkan sensor 108MP + 2MP +2MP dan kamera swafoto pula sebesar 16MP. Tidak ketinggalan, ia turut menggunakan Android 12 dengan pelancar XOS 10.6.

komen


© Amanz / 2022 Kami