Carian
Red Magic 7S Pro Transformers Edition Turut Bakal Dilancarkan Pada 11 Julai
July 8, 2022 Amy Maizuraa

Nubia kini dalam persediaan untuk pengenalan siri Red Magic 7S yang meletakkannya sebagai peranti baharu buat jenama tersebut. Ia bakal diumumkan secara rasmi pada 11 Julai 2022, pada masa sama turut hadir dalam variasi edisi terhad yang menarik.

Melaluinya Red Magic 7S Pro edisi khas Transformers bakal diperkenalkan dan keunikan terletak pada rekaan panel belakang. Ia membawakan rekaan dan binaan seumpama Red Magic 7S Pro yang didedahkan sebelum ini dengan penggunaan kemasan tubuh khas berwarna kuning seumpama Bumblebee dari siri Transformers.

Panel belakang adalah sejenis lut-sinar, selain turut dimuatkan dengan kipas RGB yang membantu dalam membantu dalam pengaliran haba yang baik. Sebagai tambahan, kerangka dan pelekat turut diberikan dengan setip pembelian.

Dari segi spesifikasi kita boleh menjangkakan tiada perubahan yang akan dilakukan. Tetapi sejumlah tema antara muka tersesuai sudah semestinya disertakan. Sama-sama nantikan pelancaran rasmi kelak bagi melihat penawaran penuh pada peranti ini.

Komen