Carian
Belanda Ingin Menjadikan Bekerja Dari Rumah Hak Setiap Kakitangan
July 9, 2022 Effi Saharudin

Jumlah jangkitan Covid-19 di Malaysia melonjak semula dengan varian Omicron Sublineage BA.5 kini dikesan. Oleh sebab itu KKM menyarankan 31.4% orang dewasa yang masih belum menerima dos penggalak untuk segera mendapatkannya. Oleh sebab peningkatan jangkitan Covid-19 di seluruh dunia, ramai merasakan bekerja dari rumah perlu dibenarkan semula bagi keselamatan semua.

Di Belanda, undang-undang baharu yang akan memberikan hak kepada kakitangan untuk bekerja dari rumah akan diperkenalkan. Ia kini sedang menanti kelulusan di bahagian senat sebelum dikuatkuasakan.

Dengan undang-undang ini, majikan tidak lagi boleh memaksa kakitangan untuk segera kembali ke tempat kerja. Sekiranya diluluskan, Belanda akan menjadi negara pertama memastikan hak kakitangan untuk bekerja dari rumah termaktub dalam undang-undang.

Komen