Cari @ Amanz

Twitter kini berkongsi data terkini berkaitan platform mereka di Malaysia, mengatakan rakyat Malaysia telah menghantar sejumlah 21 juta ciapan berkaitan Covid-19 sehingga ke hari ini.

Twitter memantau data ini adalah sejak Jun 2019 yang lepas.

Twitter pada hari ini telah menjadi salah satu sumber yang dituju ramai dalam mendapatkan info-info terkini – terutamanya berita dan data berkaitan dengan Covid-19.

Kerajaan sendiri berkongsi pelbagai data kesihatan dan Covid-19 melalui akaun rasmi seperti Kementerian Kesihatan (@KKMPutrajaya), selain turut melalui akaun Menteri Kesihatan (@KhairyKJ).

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd