Cari @ Amanz

WhatsApp sebelum ini telah memperkenalkan ciri reaksi pada mesej, membolehkan anda memilih beberapa emoji yang disediakan dalam memberikan reaksi pada sesuatu mesej.

Ketika itu, ramai yang meminta WhatsApp untuk menambah sokongan untuk semua emoji, dan tidak terhad untuk hanya lima emoji terpilih sahaja.

Selari dengannya, kini WhatsApp memperkenalkan ciri reaksi mesej yang membolehkan anda memilih sebarang emoji.

Ciri baharu ini kini diperkenalkan pada Android dan iOS. Anda hanya perlu tap pada sesuatu mesej, dan kemudian memilih ikon β€œ+” untuk memilih emoji yang diinginkan.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd