Gambar Pertama Diambil Teleskop Angkasa Lepas James Webb Diperlihatkan

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Selepas hampir setengah tahun dilancarkan, teleskop angkasa James Webb akhirnya berjaya mengambil gambar pertamanya. Gambar di bawah diperlihatkan oleh NASA sebagai gambar prebiu terawal sebelum akan berkongsi lebih banyak gambar yang berjaya diambil dalam masa beberapa hari lagi.

Bahagian angkasa yang diberi nama SMACS0723 adalah hanya sebesar butir pasir yang diletakkan di hujung tangan. Gambar yang kini diberikan nama Webb’s First Deep Field menunjukkan ribuan galaksi yang wujud di angkasa dalam sektor yang kecil ini.

Untuk mengambil Webb’s First Deep Field kamera infra merah teleskop mengambil beberapa gambar dalam masa 12.5 jam sebelum ia digabungkan menjadi satu imej komposit. Dengan gambar yang lebih beresolusi lebih tinggi dan terang berbanding teleskop Hubble, saintis dapat melihat lebih jelas angkasa lepas yang masih dipenuhi misteri.

komen


© Amanz / 2022 Kami