Nubia Red Magic 7S Pro Dan 7S Kini Rasmi Dengan Cip Snapdragon 8+ Gen 1

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Dua peranti baharu daripada Nubia telah dilancarkan secara rasmi di China. Ianya terdiri dengan Red Magic 7S Pro dan Red Magic 7S yang mempunyai nilai tersendiri kerana keunikan dan ketelitian dari aspek binaan tubuh luaran. Di samping, perkakasan dalaman yang memfokuskan terhadap permua yang baik.

Red Magic 7S Pro menggunakan skrin 6.81-inci AMOLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz dan turut menyokong ciri DC Dimming. Seterusnya, ia dikuasakan oleh Snapdragon 8+ Gen 1 dengan padanan cip memfokuskan permainan khusus Nubia bagi meningkatkan prestasi peranti. Memori pula sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 1TB.

Turut melengkapinya, sistem penyejukan pelbagai dimensi yang ditambah baik dikenali sebagai ICE 9.0 – yang turut sama menampilkan kipas 20,000 RPM dengan lampu RGB. Bateri 5,000mAh dengan pengecasan pantas 135W digunakan. Kamera utama pula adalah 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel, manakala kamera swafoto sebesar 16 -Megapixel.

Red Magic 7S pula dilengkapi skin AMOLED sebesar 6.81-inci beresolusi FHD+, kadar segar semula 165Hz dan turut menyokong ciri DC Dimming. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1, memori sehingga 16GB RAM dan storan dalaman mencapai 512GB.

Turut melengkapinya, sistem penyejukan pelbagai dimensi yang ditambah baik dikenali sebagai ICE 9.0 – yang turut sama menampilkan kipas 20,000 RPM dengan lampu RGB. Bateri 4,500mAh dengan sistem pengecasan pantas 120W disertakan. Kamera utama pula adalah 64-Megapixel + 8-Megapixel + 2-Megapixel, manakala kamera swafoto sebesar 8 -Megapixel.

Untuk harga, Red Magic 7S Pro dijual bermula RMB5199 (~RM3,431), sementara itu Red Magic 7S pula bernilai bermula RMB3,999 (RM2,640).

komen


© Amanz / 2022 Kami