Mungkin ramai di antara kita yang kurang mengenali akan jenama Wiko. Mula diperkenalkan pada tahun 2011, ia merupakan jenama yang berasal dari Perancis. Produk yang dihasilkan juga telah memasuki pasaran antarabangsa yang merangkumi lebih 30 buah negara berbeza. Ini termasuk, Eropah, Afrika, Timur Tengah dan Asia dengan lebih 30 juta pengguna.

Bercakap dengan lebih lanjut, Wiko hari ini mengumumkan yang mana mereka bakal memasuki pasaran Malaysia secara rasminya tidak lama lagi. Melaluinya, pengguna tempatan boleh menjangkakan pelancaran untuk beberapa peranti pintar daripada Wiko yang kelak dijual pada harga mampu milik.

Dalam masa sama, produk keluarannya juga kelak boleh didapati di seluruh Malaysia dan ketersediannya akan dimaklumkan kemudian. Seperti biasa, kami akan berkongsi lanjut mengenainya sekiranya ada kemas kini baharu dalam masa terdekat ini.