Pengguna Google One 2TB Kini Mempunyai Akses Ke Ciri Premium Google Meet

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Google Meet adalah platform panggillan video dan telesidang percuma daripada Google. Tetapi, Google turut menawarkan pakej berbayar untuk pengguna perusahaan dengan tambahan akses ke ciri-ciri premium yang tiada pada akaun pengguna umum.

Ciri premium ini kini boleh diakses oleh sesiapa sahaja, dengan syarat mereka melanggan pelan 2TB Google One. Ia terhad untuk langganan tahunan, yang mana memberikan akses kepada sesi telesidang 24 jam, ciri mengurangkan bunyi hingar, dan juga rakaman sesi telesidang dan terus simpan dalam Google Drive.

Ciri pangggilan video premium ini buat masa ini terhad pada pengguna di Amerika Syarikat, Kanada, Mexico, Brazil, Jepun dan Australia. Negara-negara lain akan diedarkan nanti. Kelak pengguna Google One turut akan dapat akses kepada ciri premium perusahaan lain Google Meet, Gmail, Google Calendar dan produk Google lain tanpa langganan perusahaan.

komen


© Amanz / 2022 Kami