Huawei kini hadir dengan penawaran peranti pintar baharu buat pengguna di Malaysia. Melaluinya, Huawei Nova Y90 telah diperkenalkan dengan harga jualan RM999. Bagi yang berminat, ia akan tersedia bermula 15 Julai 2022 dengan tawaran hadiah percuma bernilai hingga RM200 untuk setiap pembelian.
Untuk spesifikasi, Huawei Nova Y90 didatangkan dengan skrin LCD sebesar 6.7-inci beresolusi FHD+. Ia kemudiannya dipadankan dengan cip Snapdragon 680, memori 8GB RAM, storan dalaman 128GB dan menjalankan EMUI 12. Tidak ketinggalan, ia turut hadir dengan Huawei AppGallery sebagai alternatif kepada Google Play.
Sistem tri- kamera yang digunakan terdiri dengan konfigurasi 50MP (utama) + 2MP (makro) + 2MP (kedalaman), sementara itu kamera hadapan pula adalah 8MP. Bateri sebesar 5000mAh dengan sistem pengecasan Huawei SuperCharge 40W turut dimuatkan pada peranti pintar ini.