Twitter Mula Memberikan Ciri Unmention Untuk Membuang Diri Dari Bebenang Perbualan

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Antara isu utama pada platform Twitter ialah sesiapa sahaja boleh membalas ciapan yang tidak dikunci. Kerap kali perbualan yang menyimpan dari topik asal akan berterusan selama berhari-hari dengan akaun penciap asal tidak dibuang. Akibat susur masa peribadi akan tercemar dengan perbincangan yang tidak diminta oleh orang yang tidak dijemput.

Hari ini Twitter memperkenalkan ciri Unmention kepada semua pengguna. Ciri yang sebelum ini diuji oleh sebilangan kecil pengguna kini diberikan kepada semua secara berperingkat. Dengan Unmention pemilik akaun boleh membuang nama mereka dari terus dimasukkan ke dalam perbualan yang mereka tidak lagi berminat untuk terlibat.

Tekan menu tiga titik pada ciapan dengan nama akaun yang telah ditanda dan kemudian pilih sahaja Leave this conversation. Kini pemilik akaun tidak akan lagi dimasukkan dalam perbualan yang tidak perlu. Ciri akan diberikan secara berperingkat bermula hari ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami