Shopee Mengemaskini Penawaran Baucar Platform Dan Pekedai Yang Lebih Mesra Pembeli
Aman
Bermula 8 Julai, Shopee kini memperkenalkan dua jenis baucar yang boleh digunakan oleh para pelanggan Shopee. Ini termasuklah 1 baucar daripada platform Shopee sendiri, dan baucar daripada pekedai.
Untuk setiap pembelian, pelanggan Shopee boleh menebus satu baucar Shopee, dan sekurang-kurangnya satu baucar pekedai yang boleh ditindan dan menawarkan diskaun penghantaran, harga ataupun pulangan melalui Shopee Coin.

Dengan ini, anda boleh menebus sekurang-kurangnya dua baucar pada sesuatu pembeliaan untuk mendapatkan tawaran harga terbaik, satu baucar daripada pihak Shopee sendiri, dan baucar tanpa had daripada penjual dalam mana-mana pembelian.
Langkah ini dilihat membolehkan pelanggan Shopee untuk menebus sebanyak baucar yang mungkin dalam satu pembelian sekiranya pekedai memperkenalkan pelbagai jenis baucar pada satu-satu masa.
Komen
Sila log masuk untuk menghantar komen.