Colorful G-One Plus Ialah Sebuah Komputer AIO Gaming Dengan Komponen Komputer Riba

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Komputer AIO ataupun All-In-One ialah sebuah komputer desktop yang bersaiz padat dimana komponen-komponennya dimuatkan di bahagian belakang paparan skrin. Komputer seperti ini secara lazimnya diminati oleh mereka yang tidak mempunyai ruang yang besar tetapi masih mahukan skrin yang besar seperti menggunakan sebuah komputer desktop.

Colorful, jenama pembuat kad grafik yang cukup dikenali baru-baru ini telah memperkenalkan Colorful G-One Plus, sebuah komputer AIO Gaming yang merumahkan komponen-komponen gaming sebuah komputer riba yang cukup berkuasa.

Komputer ini hadir dengan paparan skrin IPS sebesar 31.5 inci dengan resolusi 2K dan kadar segar semula 165Hz. Ia juga mempunyai pembesar suara terbina didalamnya, dan mempunyai kamera webcam yang boleh diangkat keluar dan juga pengecas nirwayar Qi yang terbina di bahagian tapak komputer ini.

Colorful G-One Plus dibina menggunakan papan induk khusus dengan pilihan cip pemprosesan Intel Alder Lake termasuklah Intel i5-12500H, Intel Core i7-12700H dan Intel Core i9-12900H dengan dua slot memori DDR5 dan juga storan SSD PCIe 3.0 yang boleh ditambah sendiri oleh pengguna.

Komputer Colorful G-One Plus ini sayangnya hanya ditawarkan di pasaran China buat masa ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami