Realme Malaysia Mengacah Kehadiran Peranti Baharu Di Bawah Siri C

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Sehingga kini, terdapat pelbagai pilihan peranti di bawah siri Realme C yang ditawarkan buat pengguna di Malaysia. Ia juga merupakan barisan peranti yang selalunya memfokuskan terhadap kebolehan jangka hayat bateri cukup baik. Sekaligus, membolehkan penggunaan harian kebanyakan pengguna berjalan dengan lancar.

Terbaru, Realme kini dalam persediaan hadir dengan penawaran baharu untuk siri berkenaan. Ia bakal tiba tidak lama lagi namun maklumat lanjut mengenainya masih tidak diketahui. Ini termasuklah berkaitan nama model dan tarikh pelancaran rasmi untuknya.

Realme C30 merupakan model paling terkini yang diperkenalkan setakat ini. Ia menggunakan cip pemproses Unisoc T612 dengan padanan bateri cukup besar 5,000mAh. Adakah terdapat kemungkinan untuk model ini ditawarkan kelak? Seperti biasa, sama-sama kita nantikan perkongsian lebih lanjut daripada pihak Realme Malaysia berhubung perkara ini.

komen


© Amanz / 2022 Kami