Cari @ Amanz

OnePlus bakal melancarkan satu lagi peranti mercu pada tahun ini. Peranti ini dikatakan adalah OnePlus 10T, kembalinya peranti mercu siri T selepas kali terakhir yang dikeluarkan adalah OnePlus 8T. Peranti ini mungkin akan menggunakan rekaan mirip OnePlus 10 Pro, tetapi dijana dengan cip Snapdragon 8+ Gen 1.

Peranti ini juga dikatakan akan mempunyai spesifikasi lebih kurang sama dengan OnePlus 10 Pro, cuma kamera tidak ditala oleh Hasselblad. Peranti ini akan ditawarkan dengan pilihan memori sehingga 12GB RAM dengan storan dalaman mencapai 256GB RAM. Tetapi Digital Chat Station mendedahkan, yang OnePlus 10T mungkin turut akan hadir dengan variasi 16GB RAM LPDDR5 dan storan dalaman 512GB UFS 3.1.

Skrin yang akan digunakan adalah 6.7-inci FHD+ AMOLED 120Hz, bateri 4800mAh dengan pengecasan pantas SuperVOOC 150W. Kamera dikatakan adalah 32MP swafoto dan 50+16+2 MP di belakang. OnePlus turut dijangka akan menawarkan variasi kamera lai untuk pasaran China iaitu dengan kamera 50+8+2 Megapixel.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd