Colombia Mengharamkan Jualan iPhone 12 Dan iPhone 13

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

Colombia minggu lalu telah mengharamkan jualan peranti di bawah siri iPhone 12 dan iPhone 13 dalam negara kerana Apple didakwa melanggar paten 5G yang dimiliki oleh Ericsson. Mahkamah di Bogota telah memberikan injunksi yang diminta oleh Ercisson ke atas Apple kerana dipercayai menggunakan teknologi 5G yang telah dipatenkan tanpa kebenaran.

Apple dikatakan bersetuju bahawa paten yang digunakan adalah milik Ericsson tetapi enggan membayar hak penggunaan kerana harga yang diletakkan adalah terlalu tinggi. Ericsson meminta bayaran $15 untuk setiap telefon yang menggunakan teknologi 5G mereka yang adalah lebih tinggi berbanding $7.50 yang dibayar Apple kepada Qualcomm untuk paten modem 5G.

Peguam Apple turut berkata injunksi Ericsson tidak sah kerana Colombia masih belum melancarkan rangkaian 5G. Rangkaian hanya akan dilancarkan pada penghujung 2022 dengan ujian telah dilakukan sejak 2020.

komen


© Amanz / 2022 Kami