Sebuah lagi peranti dengan janaan cip MediaTek Dimensity 810 telah dilancarkan di China. Peranti yang dimaksudkan adalah Oppo A97, sekaligus menjadikannya lengkap dengan rangkaian 5G terbina. Di samping itu, bateri 5,000mAh dengan sistem pengecasan 33W turut sama dimuatkan pada peranti ini.

Untuk spesifikasi khusus, Oppo A97 5G dilengkapi skrin sebesar 6.56-inci LCD FHD+ dengan kadar segar semula 90Hz. Ia kemudiannya dipadankan dengan memori 12GB dan storan dalaman 256GB. Konfigurasi kamera utama terdiri dengan 48MP + 2MP dan kamera hadapan pula 8MP. Lain-lain spesifikasi termasuklah bicu audio 3.5mm, pengimbas cap jari sisi, port sambungan USB-C dan sebagainya.
- Sumber
- Sumber – Oppo China