Honda Dan MUJI Melancarkan Basikal Elektrik Moden

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MUJI ialah jenama Jepun yang terkenal dengan rekaan yang minimalis dan mementingkan estetik tetapi masih lagi praktikal. Mereka kini memasuki arena basikal elektrik selepas melancarkan MUJI MS01. Basikal elektrik MS01 dibangunkan dengan kerjasama Honda.

MS01 dilengkapi bateri 20Ah yang mampu menawarkan perjalanan sehingga 64 km dengan sekali caj dan bergerak pada kelajuan maksimum 25 km/j. Terdapat lampu LED di hadapan dan belakang untuk keselamatan. Sebuah skrin LCD pula diletakkan pada tempat pemegang untuk maklumat caj bateri dan kelajuan basikal.

Basikal pula ditawarkan dalam warna hitam serta putih. Bateri boleh ditanggalkan dengan bateri menerusi sistem penukaran pantas jika pengguna tidak mahu menunggu lama. Kerana ia masih sebuah basikal, terdapat pengayuh jika motor elektrik tidak mahu digunakan. Pada waktu ini MUJI MSO1 hanya dijual di China pada harga RMB4,980 (~RM3,283) sebuah.

komen


© Amanz / 2022 Kami