LeTV Y2 Pro Adalah Peranti Kelas Asas Baharu Dengan Rekaan Mirip iPhone 13 Pro

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

LeTV di China masih lagi aktif dengan pasaran telefon pintar mereka. Bulan lepas mereka telah melancarkan LeTV Y1 Pro dengan rekaan mirip iPhone 13. Kini selepas hampir dua bulan, mereka melancarkan pengganti iaitu LeTV Y2 Pro dengan rekaan mirip iPhone 13 Pro pula.

LeTV menawarkan pilihan warna night black, electric blue, dan summer orange dengan kemasan kaca AG pada panel belakang. Peranti menjalankan Android 11 dengan sistem Huawei Mobile Services (HMS). Skrin adalah LCD 6.5-inci, peranti dijana cip Unisoc lapan teras dan mempunyai memori mencapai 6GB RAM dan storan dalaman sehingga 256GB.

Kamera utama adalah 13MP dan peranti dimuatkan dengan bateri 4000mAh. Harga jualan peranti adalah bermula dari RMB 599 iaitu sekitar RM395 sehingga RMB 999 iaitu sekitar RM659.

komen


© Amanz / 2022 Kami