MacBook Pro 2016 13″Dan 15″ Pertama Dengan Touch Bar Akan Disenaraikan Sebagai Usang 31 Julai Nanti

Diterbitkan pada July 12, 2022. Diubah suai kali terakhir pada . oleh .

MacBook Pro dikemaskini semula pada Oktober 2016, dengan model 13-inci dan 15-inci kini hadir dengan skrin kedua dikenali sebagai Touch Bar dan juga Touch ID diintegrasikan terus dalam MacBook. Touch Bar ini memberi pengguna kawalan tambahan serta turut mimik sebagai kekunci fungsi.

MacBook ini juga mula hadir dengan papan kekunci kupu-kupu generasi baharu serta TrackPad dengan maklum balas haptik. Kemaskini MacBook pada tahun lepas iaitu MacBook Pro 14-inci dan MacBook Pro 16-inci membuang Touch Bar, tetapi skrin kini bertakuk, dan Apple mengembalik MagSafe serta menyertakan lebih banyak port sambungan yang amat berguna.

MacBook Pro 13-inci walau bagaimanapun masih kekal dijual. Baru-baru ini, MacBook dengan rekaan sama dan perkakasan sama ini dikemaskini dengan cip Apple M2 dan dijual pada harga bermula dari RM5,699.

Pada 31 Julai akan datang, Apple akan menyenaraikan MacBook Pro 13-inci dan MacBook Pro 15-inci iaitu MacBook pertama dengan Touch Bar sebagai peranti usang ataupun vintaj. Dengan penyenaraian ini, pengguna kelak akan sukar membaiki peranti kerana masalah untuk mendapatkan komponen.

Berikut adalah semua peranti yang Apple akan kategorikan sebagai peranti usang pada 31 Julai akan datang;

  • MacBook Pro (13-inci, 2016, 2x Thunderbolt)
  • MacBook Pro (13-inci, 2016, 4x Thunderbolt)
  • MacBook Pro (15-inci, 2016)
  • MacBook Air (13-inci, Awal 2015)
  • MacBook (12-inci, Awal 2016)
  • iMac (21.5-inci, Awal 2015)
  • iMac (27-inci, Retina 5K, Hujung 2015)
  • iPad Pro (9.7-inci, Wi-Fi)
  • iPad Pro (9.7-inci, Wi-Fi + Selular)

komen


© Amanz / 2022 Kami