Sejak pembukaan semula aktiviti penuh di seluruh Malaysia, pelbagai pusat rekreasi dan taman tema menerima kunjungan ramai. Bagi menyelesaikan masalah ini Alibaba Cloud hadir dengan sistem Beratur Maya (Virtual Queue – VQ) dikuasakan kecerdasan buatan mereka, dan digunakan di Taman Tema Genting Skyworld.
Dengan sistem ini, ia membantu pihak Genting dalam menguruskan pengunjung disamping mencadangkan kepada pengunjung untuk aktiviti yang boleh dilakukan secepat mungkin. Justeru, pengunjung tidak perlu menunggu dengan terlalu lama, atau boleh memilih aktiviti lain pada waktu tertentu.
Pengguna akan menerima notifikasi apabila waktu beratur mereka telah hampir justeru tidak membuatkan mereka membazir masa menunggu tanpa berbuat apa-apa. Pengunjung juga boleh memilih untuk melakukan tempahan ruang waktu bagi mereka yang datang secara berkumpulan.
Taman Tema Genting Skyworld juga merupakan taman tema pertama di Asia Tenggara yang menggunakan sistem kecerdasan buatan Alibaba Cloud. Jadi jika anda merancang untuk pergi sana, muat-turun aplikasi Genting Skyworld untuk terus merancang aktiviti seharian anda dengan satu sentuhan.
- Muat Turun
- Muat-turun: Genting Skyworld – iOS
- Muat Turun
- Muat-turun: Genting Skyworld – Android