Carian
Nokia 5710 XpressAudio Hadir Dengan Fon Telinga Dalam Badan
July 12, 2022 Effi Saharudin

Pernahkah anda berhadapan dengan situasi ingin mendengar muzik tetapi fon telinga tertinggal di rumah? Ini kerap sangat berlaku kepada kami dan terasa kurang seronok pula mendengar muzik pada speaker sehingga mengganggu orang sekeliling.

Jika anda membeli Nokia 5710 XpressAudio, ini adalah masalah yang tidak akan berlaku kerana ia telefon yang mempunyai sepasang fon telinga nirwayar terbina.

Fon Series 30+ ini berfungsi sebagai pod pengecas untuk dua fon telinga yang disimpan dalam tubuhnya. Telefon ini bukanlah pintar tetapi hadir dengan skrin 2.4″ QVGA, kamera VGA di belakang, bicu 3.5m dan bateri 1450 mAh yang boleh membekalkan kuasa sehingga 20 hari.

Fon telinga terbina pula boleh beroperasi sehingga 4 jam dengan sekali caj. Seperti telefon klasik XpressMusic yang pernah dikeluarkan Nokia dahulu, terdapat butang kawalan muzik pantas terbina terus pada tubuh peranti. Nokia 5710 XpressAudio mula dijual di UK pada harga £75 (~RM394) sebuah dalam warna hitam atau putih.

Komen