Cari @ Amanz

Pemilik TikTok, iaitu Bytedance kini dalam perancangan untuk memperkenalkan sebuah lagi aplikasi baharu – bermula di China, dinamakan “Kesong” yang bermaksud kroisan.

Aplikasi baharu ini dibangunkan ditujukan kepada para pengguna muda, dan dijangka menawarkan ciri seperti Instagram, termasuk ciri edagang sosial.

Aplikasi ini akan memfokuskan kepada perkongsian hobi dan juga minat seseorang pengguna, disamping gaya hidup dikalangan pengguna muda.

Bytedance dijangka memperkenalkan aplikasi ini dalam beberapa bulan lagi di China.

  • Sumber
  • Sumber : SCMP
© 2024 Amanz Media Sdn Bhd