Cari @ Amanz

Oppo kini tewas dalam satu kes pelanggaran paten yang disaman oleh Nokia di Jerman, sekaligus mungkin membuatkan beberapa peranti Oppo dan OnePlus dihalang jualanya di negara terrsebut.

Mengikut mahkamah di Jerman, Oppo didapati menggunakan sejumlah teknologi yang dipatenkan Nokia tanpa lesen. Nokia juga mengatakan Oppo menolak untuk terma pelesenan yang ditawarkan sebelum ini.

Paten yang terlibat dalam kes saman ini adalah melibatkan beberapa teknologi rangkaian 4G dan juga 5G.

Selain di Jerman, Nokia sedia memfailkan saman terhadap Oppo di 11 negara.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd