Cari @ Amanz

Realme GT2 Master Explorer Edition akhirnya dilancarkan secara rasmi di China, sebentar tadi. Tampil sedikit berbeza dengan tubuh berkotak dan skrin rata, itu antara ciri pada peranti yang meletakkannya berada di kelas tersendiri. Selain daripada itu, perkakasan dalaman juga tidak kurang hebatnya dengan penggunaan cip pemprosesan terkini.

Untuk lebih khusus, Realme GT2 Master Explorer Edition dilengkapi skrin 6.7-inci BOE OLED FHD+ dengan kadar segar semula 120Hz. Ia kemudianya dipadankan dengan Snapdragon 8+ Gen1, di samping gabungan memori sehingga 12GB (LPDDR5x) dan storan dalaman mencapai 256GB (UFS 3.1). Sistem kamera utama pula menggunakan tetapan 50MP (IMX766 + OIS) + 50MP + 2MP, sementara itu kamera hadapan pula sebesar 16MP.

Bateri yang dimuatkan pula sebesar 5,000mAh dengan sistem pengecasan pantas 100W. Lain-lain spesifikasi termasuklah rangkaian 5G terbina, NFC, pembesar suara stereo dengan Dolby Atmos dan sebagainya. Untuk harga, peranti ini dijual pada RMB3,499 (~RM2,307) (8GB/128GB), RMB3799 (~RM2,505) (8GB/256GB) dan RMB3999 (~RM2,636) (12GB/256GB).

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd